Monday 17 October 2011

Books vs Ipad2

Apakah? Adakah? Ikut suka lah nak kata apa pun, mak tak kisah. Tp sememangnya penangan Ipad nie mengalahkan segala. Dipegang, dikelek, diusung, dibawa berjalan, dibawa ke dapur, dibawa ke katil cuma tak dicium sbb ia tak boleh cium saya balik haha & tak sampai lagi dibawa ke toilet. Sebabnya takut rosak kena air la beb. Kalau tak, mau masa meneran pun dibawaknya kan...ish ish anak/isteri/mama siapa la tu kan..hahaha..sapa nak mengaku? sila sila


Inilah Ipad kesayangan...hmmmm kesayangan la sangat kan. Mcm la dia sorang yg ada Ipad haha.

Alkisah, kalau kat rumah, Ipad nie la yang diadap siang malam tapi tak la smpi lupa makan minum tidur solat semua, melampau sangat la tu kan. En. Suami tak da pulak nak komplen2 bila kita sibuk dgn Ipad jer. Sungguh baik dia kan dan sungguh beruntung saya kan. ehem ehem. Yg tukang komplen da tentu anak dara saya & anak bujang saya yg mulutnya boleh tahan bisa gak la. Tp mama dia nie mcm biasa la buat derk jer..haha

Ini pulak cover Ipad. Since kulit Ipad color putih, bajunya kena la warna merah, baru lah terserlah matching nya...ekk eleh tak habis lagi ceta Ipadnya itu..hahahaha

Penangan Ipad nie saya rasa macam da kira tahap kronik juga la kot. Agaknya org lain ada Ipad lorat camnie gak ker? Sure ada kan kan. Kalau kat rumah anak2 & en. Suami tak da chance nak pegang Ipad. Kena tunggu time saya mandi, masak, makan, solat atau tido baru boleh pegang Ipad rasanya. Tapi entah kenapa bila luar dari rumah saya tak berapa minat pulak belek Ipad kecuali memang ditakdirkan takda kawan nak pot pet masa tu, so they are free to use my Ipad. haha nasib la kan, sapa suruh tak beli sendiri. Dengan kata lain, dimana ada saya di situlah Ipad mengekori saya...hows that? Errr your mom also like that kan..haha


Nie pulak kalau Ipad dok kat dapur sebab nak tgk resepi dlm internet. Banyak faedahnya ada Ipad nie
eceh ceh ceh

So kalau Ipad dan buku2 dok sebelah menyebelah, sure Ipad jugalah yg digunapakainya. Bila niat nak habiskan buku, baru baca satu muka pun tak sempat habis dah menguap bukan main. Mengantuk kononnya. Tp bila capai Ipad, pkl 12 tengahmalam pun celek lg mata tu. I rasa ramai orang macam tu cuma tak nak mengaku jer kan..heeeeee


Ini la buku vs Ipad ku yang diperkatakan skrg nie. Cuba tengok buku Azizi Ali "Pesara Jutawan" nie, da la buku bahasa melayu & sangat simple ayat2 untuk difahami, tapi dah lebih 2 minggu pun tak habis baca lagi. Bila baca rasa insaf sekejap. Terfikir & mencongak dlm kepala cukup ke duit untuk hidup senang lenang di usia emas ku nanti. Niat di hati tak nak la menyusahkan anak yang ada berdua tu je (yg setakat nie masih belum bercambah). Moga dipermudahkan, amin. Tp salah Ipad ke salah buku2 nie hah ..hahaha.. Hmm nasib baik la bukan kategori student lagi, kalau tak confirm kena repeat paper or repeat year, tak gitu.

Buku "Thinking Big" nie pun senasib juga malah nie lagi kesian coz da lebih sebulan asyik keluar masuk keta, keluar masuk rumah, keluar masuk bilik pun tak habis dibaca lagi. Its actually a very interesting & simple book to read & practice. Its all about self mind control.. have to tune it to be positive & big at all time. Sounds easy rite, so lets do it tengok senang tak? It will go easy if you say its easy and vice versa, katanya.

This collection bought by hb in June dan masih banyak yang suci tidak bersentuh. Only "Conspiracy of The Rich" khatam dibaca. Buku Thingking Big, Increase Your Financial IQ & Guide to Investing baca half & lepas tu lupa pulak nak sambung baca sebaik ketibaan Ipad..haha. Baca buku tak serajin beli buku! Agaknya tahun bila la nak habis baca buku2 nie... 

Isk isk..baru perasan, harap anak dara & anak bujang ku tak terbaca entri nie. Kang lagi susah nak melentur rebung yg dah nak tukar jd buluh tu. Yang baik jadikan tauladan, yg tak elok jadikan sempadan ya anak2. Mama tak pa sebab memang da jadi buluh, tak leh ubah2 dah...hahahaa


3 comments:

  1. ya Allah, As...... sama jer kitaaaaa!! memang betul, dlm toilet jer tak bwk ipad tu ekk! kakakakaa! mine also kaler putih, n memang i nak cari cover kaler merah tapi blm jumpa yg sesuai. i know memang byk jual kat luar tu tapi jenis/shape yg i nak takde stock kaler merah.. tu yg tgh bersabaq ni... but at the moment i'm using the magnetic cover in grey color. kurang la kemenyerlahan (is there such a word?) dia tu.

    yg merah ni u beli mana? kat memana ada kah? foldable kat blkg tak, i.e. boleh rendahkan stand dia tak? mcm pic yg kat dapur tu, stand dia u tinggikan kan? so if nak rendahkan boleh ke? if boleh, i should get this one nanti.

    and i memang 100% setuju dgn statement u, ipad vs. books, memang ku akan memilih ipad! kakakakaka! siap bookmark kat dlm ipad tu all the novels yg i nak baca, sebab dah malas nak baca dlm buku punya pasal hihihi....

    ReplyDelete
  2. Yeayyy ada kawan sama angau..hahaha

    Cover tu i beli kat outlet yg sama i beli Ipad tu, 'Machine' kat Sunway Pyramid. I rasa byk outlet ada, rajin dgn tidak jer nak survey byk tmpt. I malas so apa yg ada kat situ I sapu janji merah :)

    Cover ni jenis tebal, front & back. konon full protection haha. Tp skrg nie rasa cam tebal sgt la plk. Kalau nak rendahkan kira baringkan habis & since its a thick cover rasa sama mcm foldable type. U test try tgk dulu b4 u purchase tau. Mcm2 ada, siapkan duitnya ajer..huhu

    ReplyDelete
  3. yes, my grey one pun from Machine Sunway Pyramid. tu lah merah takda stock tu, so i took grey. mine pun front n back cover, but i rasa i punya tak tebal sgt. so nampak gaya memang i kena tunggu lah version yg merah tu dtg pulak bila2 nanti... hmmmm.. sabaqqq! thanks dear!

    ReplyDelete